Hello everybody. This is my first posting on this website as I am the only Malaysian author here. I presenting the Bradokapak Pte. Ltd. group here and I will write as many article as I can. I also write for some blog like Brado Kapak (my personal blog), Drama Raja (my new blog) and OOO Camtue Ek? (invitation author). In this blog, I will write all of my article in Malay language as I am Malaysian and proud to be. My article will talks about Malaysian social media engagement, marketing management, tips for blogging, SEO tips and webmaster and manymore. So, come read my first article here! I hope you will like it !
Thanks for reading…
Salam sejahtera. Ini artikel pertama saya di website ini. Saya telah dijemput oleh CEO Toro Advertising, Jose M Toro, untuk menulis artikel di website ini. Bagaikan satu penghargaan besar bagi saya apabila diberi penghormatan untuk menulis di website ini. Maka, saya akan cuba buat yang terbaik untuk website ini. InsyaALLAH, dari masa ke semasa saya akan menulis banyak artikel disini berkenaan social media engagement, marketing management, tips berblogging, SEO tips dan juga tips webmaster sebagaimana kesemua ini adalah kepakaran saya.
Tanpa melengahkan masa, jom kita baca cara-cara bagaimana hendak memviralkan artikel blog anda dengan mudah dan pantas. Apapun, ini hanya teori yang saya tulis berdasarkan pengalaman saya. Praktikalnya, anda sendiri harus lakukan dan lalui.
1. Gambar pertama artikel (featured image) haruslah catchy.
Dalam blogging, ada satu istilah pada blog kita iaitu “above the fold”. Semua benda yang ada dalam “fold” akan menjadi perhatian utama. Katakanlah, anda menggunakan gambar yang tidak HD, tak jelas, tak ada apa-apa mesej yang mahu disampaikan, maka sudah pasti pembaca akan berasa malas hendak menyambung membaca artikel tersebut. Mungkin mereka akan tekan butang pangkah dan menutup blog anda terus tanpa membaca artikel tersebut.
Tapi andaikan anda menggunakan gambar yang catchy dan jelas serta HD, maka sudah pasti pembaca akan lebih tertarik untuk membaca artikel itu. Selain itu, gambar jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil. Pastikan ia mempunyai imej dan mesej yang sampai kepada pembaca. Maka secara tak langsung, ia akan membuat pembaca akan berkongsi artikel tersebut kepada rakan-rakan anda.
Ingat! Jangan sesekali gunakan gambar yang berunsur 18+ atau 21+ seperti imej lucah, menampakkan bahagian tubuh yang tidak sepatutnya, imeh yang berunsur kejam dan zalim seperti kepala terputus, kecederaan yang teruk pada anggota badan dan seumpamanya. Ini kerana perkara tersebut menyalahi undang-undang blogging yang mana boleh mengakibatkan URL blog/website anda akan di ban oleh mana-mana media social dan mungkin juga blog anda akan dibuang daripada Google Search Engine. Pelbagai kemungkinan yang buruk terhadap prestasi blogging anda akan terjadi sekiranya anda menggunakan imej tidak sepatutnya untuk menarik perhatian pengunjung. Maka jadilah blogger yang beretika.
2. Gunakan tajuk yang menarik perhatian.
Sila pastikan artikel anda menggunakan tajuk yang pendek, ringkas, padat serta tidak melebihi 3 patah perkataan. Ini adalah tips paling berguna dalam memilih tajuk artikel. Saya mempunyai banyak pengalaman dimana hampir kesemua artikel yang saya tulis menggunakan 3 patah perkataan dalam tajuknya, menjadi viral dan tersebar dengan begitu baik dan cepat sekali.
Berdasarkan etika kewartawanan, setiap tajuk untuk cover depan suratkhabar harian dan juga suratkhabar online haruslah menggunakan maksima HANYA 3 PATAH PERKATAAN sahaja. Lebih pendek tajuk sesebuah artikel itu, maka ia akan mengakibatkan orang ramai lebih tertanya-tanya dan mahu membacanya.
Andaikan begini, saya hendak menulis tentang kisah seorang ahli politik yang memakan rasuah. Rakan saya, Abu, pun ingin menulis artikel yang sama. Kami gunakan intipati artikel yang sama dan gambar yang sama, manakala pada tajuk artikel, saya menggunakan tajuk “Datuk X Rasuah!” manakala Abu menggunakan tajuk “Datuk X Didapati Mengambil Rasuah”.
Cubalah baca kedua-dua tajuk tersebut dalam sekali lalu. Anda akan dapati, tajuk yang saya tuliskan lebih catchy berbanding tajuk yang Abu tuliskan. Maka, berlatihlah menggunakan hanya maksima 3 patah perkataan dalam setiap tajuk artikel anda. Pengalaman saya, berikut adalah beberapa tajuk yang telah berjaya viral dalam rekod blogging saya; “MH370: Suatu Misteri“, “MH370: Siapa Rugi?“, “MH370: Grand Finale“, “The Golden Heart“, “Obomba Membawa Rahmat“, “Malaysia dan Teroris“, “Senandung 13 Mei“, dan sebagainya. Sekadar menunjukkan beberapa contoh sahaja daripada blog tulisan saya iaitu Drama Raja. Selamat mencuba tajuk-tajuk yang ringkas lagi padat!
3. Sila tulis artikel anda sendiri. Jangan copy paste buta-buta!
Menurut pengalaman saya, setiap artikel yang kita tulis sendiri boleh diviralkan. Tidak dinafikan, ada artikel yang kita copy paste daripada orang lain yang boleh turut sama viral. Namun, ada satu situasi disini. Anda copy artikel daripada website berita ternama seperti Berita Harian, Harian Metro Online dan sebagainya dan anda letakkan di blog anda dan anda viralkannya.
Saya sifatkan, anda hanyalah menumpang usaha orang lain untuk beroleh hasil. Anda hanya menumpang hasil kerja wartawan-wartawan tersebut sahaja.
Sementara, sekiranya anda menulis sendiri artikel anda dengan membawa isu sendiri seperti membahaskan isu semasa dari sudut pandang anda sendiri, tidak mustahil jika anda mengikuti setiap tips yang saya berikan ini, maka artikel anda juga boleh menjadi viral. Saya buat satu situasi, hari ini isu semasanya adalah cokelat Cadbury yang dikatakan ada kandungan babi. Anda pun copy artikel daripada berita semasa dan postkan di blog anda. Maka artikel dan blog anda menjadi viral setelah dibaca oleh ramai pembaca. Ya, ia memang viral. Tetapi, anda bukanlah “trendsetter” dan anda hanya menumpang usaha orang.
Andai kata anda ada idea anda sendiri dan ada pengalaman sendiri, maka anda ambil isu cokelat tersebut dan anda hasilkan satu tulisan yang tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek, padat dan sarat dengan pelbagai info berguna, maka saya amat pasti jika anda ikuti setiap teknik dalam artikel saya ini, insyaALLAH artikel anda akan juga turut sama viral walaupun anda hanya menumpang isu semasa.
Jika anda ada kemahiran lebih dan banyak pengalaman, anda boleh ambil satu isu yang tidak dibincangkan orang, lalu tuliskan tentang perkara tersebut dan viralkannya sendiri. InsyaALLAH, anda boleh buat jika dimulai dengan perkara menumpang usaha orang lain.
4. Letakkan like & share button dalam artikel kita dibawah tajuk dan diakhir artikel.
Perkara ini amat penting terutama dizaman kita sekarang, social media adalah satu perkara yang wajib bagi hampir setiap orang. Tipulah kalau ada antara kita yang langsung tidak memiliki sekurang-kurangnya satu social media. Tak kira Twitter, Facebook, Instagram atau apasahaja medium sosial dalam rangka atas talian, anda pasti ada! Kalau tak ada tu, mungkin dia jenis tak ambil kisah dengan hal gadjet semasa atau tak tahu guna.
Sudah menjadi satu kewajiban bila anda harus meletakkan butang like dan juga share pada setiap artikel anda. Pastikan anda meletakkannya dibahagian yang strategik seperti dibawah tajuk artikel, ditengah-tengah pengakhiran artikel dan juga dibahagian paling akhir artikel. Ini bertujuan untuk memudahkan para pembaca berkongsi artikel tersebut dalam media sosial masing-masing terutamanya Facebook. Saya ada pengalaman, dimana saya letakkan butang like dan share pada bahagian bawah tajuk, pertengahan artikel dan juga akhir artikel, hasilnya saya berjaya mendapat lebih 48000 like dan share dalam tempoh yang singkat sahaja.
Menurut pengalaman saya, artikel yang tidak diletakkan banyak butang like dan share, akan berkurangan jumlah perkongsian media sosialnya dan sedikit lambat menjadi viral. Katakan, anda hanya letak satu sahaja butang like dan share dibahagian bawah artikel, maka sudah pasti akan berkurang orang yang berkongsi artikel itu kerana tak semua orang suka baca sampai habis. Ada yang baca sekerat sahaja dan ada yang baca pada bahagian atas sahaja. Ada juga yang hanya suka tengok gambar sahaja.
Jadi, pastikan anda meletakkan seideal yang mungkin butang like dan share pada setiap artikel anda! Sila rujuk disini untuk mendapatkan butang like dan share Facebook. Anda juga boleh meletakkan butang retweet, pinterest, google+ dan pelbagai lagi butang bersebelahan butang like dan share anda. Tapi ingat, pastikan anda tidak meletakkan terlalu banyak butang media sosial untuk mengelakkan orang berasa annoying dengan blog anda. Maka, letakkan butang yang paling kerap orang gunakan sahaja iaitu Facebook dan Twitter!
5. Letakkan kotak komen via Facebook dan retweet diruangan bawah artikel.
Berdasarkan pengalaman saya, setelah menggunakan teknik nombor 4 di atas, maka teknik nombor 5 ini juga penting untuk membantu artikel anda menjadi lebih viral dan cepat tersebar. Anda harus meletakkan SATU sahaja ruangan komen tambahan selain ruangan komen yang sedia ada dalam blog anda. Anda boleh meletakkan sama ada ruangan komen via Facebook, retweet atau Google+ comment. Lokasi strategiknya adalah betul-betul selepas akhir artikel anda dan sebelum ruangan komen yang sedia ada pada blog anda. Sila pastikan anda tidak disable ruangan komen sedia ada tersebut bagi memastikan bounce rate blog anda menjadi optimum.
Namun begitu, berdasarkan pengalaman saya, jika kita gunakan ruangan komen tambahan ini, maka sedikit sebanyak ia akan mengakibatkan blog kita lambat loading. Saya akan terangkan dibahagian bawah nanti.
6. Mulakan dengan share artikel di wall media sosial sendiri.
Ada beberapa cara untuk anda memulakan cara memviralkan artikel anda. Yang paling baik sudah pasti adalah memulakannya dengan mempromosikan artikel anda diwall anda sendiri. Caranya begini, anda copy URL artikel anda dan kemudian post pada wall Facebook anda sendiri dengan ditambah ayat-ayat menarik untuk mempromosikannya. Sila rujuk gambar berikut.
Jika diperhatikan pada ruangan diatas, maka anda akan dapati jumlah like, share dan comment sangat banyak dan ia adalah luar biasa berbanding jumlah posting biasa. Ini bererti, artikel dan posting tersebut sudahpun viral dalam facebook baru-baru ini. Rujuk artikel ini sebagai bukti ia memang benar-benar viral.
Okay, setelah anda share di wall anda sendiri, maka mulakan dengan cara anda share pula posting tersebut ke group facebook yang anda join. Anda juga boleh memuat naik gambar yang bersesuaian dengan artikel anda dan letakkan di wall anda kemudian masukkan ayat promosi anda dan letakkan link blog anda. Seterusnya, tag seramai yang boleh rakan anda dan pastikan orang yang anda tag itu minat membaca apa yang anda tuliskan.
Seterusnya, anda harus mempromosikan artikel tersebut dari mesej ke mesej. Sila PM atau mesej rakan-rakan rapat anda atau sesiapa sahaja yang anda kenal terutamanya orang yang mahir tentang artikel, penulisan dan isu semasa yang anda bincangkan. Suruh mereka baca artikel tersebut dan jika artikel itu menarik bagi rakan anda itu, maka minta rakan anda bantu promosikan di wall rakan anda sendiri.
Selepas itu, anda haruslah post link blog anda ke setiap group dan fan page yang anda ada. Buat ayat promosi yang berbeza-beza pada setiap group dan juga fan page. Ini bagi memastikan link blog anda tidak dikategorikan sebagai spam dan fraud. Maka anda akan mendapat traffic yang lebih banyak berbanding biasa. Untung sabut timbul, untung nasib anda mungkin lebih ramai yang berkongsi artikel anda itu sekiranya ia benar-benar menarik untuk dibaca. Maka, ada potensi artikel anda akan menjadi lebih viral selepas itu.
Pastikan juga anda mempromosikan artikel tersebut disetiap social media yang anda ada termasuk Twitter, Instagram, Google+ dan sebagainya. Gunakan Pinterest dan juga ShareMe sebagai bantuan. Anda juga boleh memperbanyak backlink pada artikel anda dengan menulis komen pada blog orang lain dan selitkan link artikel terbaru anda. Ini bertujuan membantu artikel anda menjadi authority dalam Search Engine Result Page (SERP).
7. Lakukan social engagement pada setiap posting anda.
Kemudian, pastikan anda membalas setiap komen yang anda rasa perlu dibalas jika ada yang berkomen di posting anda dalam facebook dan dalam blog. Pastikan juga anda retweet setiap tweet yang orang buat kepada posting anda dalam Twitter. Anda juga harus membalas setiap komen dalam Instagram dan juga social media yang lain.
Hal ini amat penting bagi menjamin artikel anda akan terus viral dan disebarkan sebanyak yang mungkin. Kerana, ada satu konsep social media iaitu “selagi adanya engagement, selagi itu post akan aktif”. Maka, anda harus mengaktifkan posting anda dengan melayan sebanyak mungkin komen orang. Elakkan dari melakukan provokasi, komen berbaur lucah, berbaur perkauman, berbaur politik keterlaluan dan elakkan komen yang berunsur mengajak orang saling benci membenci. Komenlah secara professional dan padamkan apa sahaja komen yang anda rasakan harus dipadamkan seperti komen orang yang mengutuk keperibadian anda, mengkeji keluarga anda, mengajak anda bergaduh dan melakukan provokasi atau komen berbaur 18+. Seharusnya anda jangan layan apa sahaja komen yang tidak baik sebegitu. Layanlah komen yang baik-baik dan berunsur kritikan membina, nescaya anda akan berasa hasil usaha anda lebih dihargai dan perjalanan artikel anda menjadi lebih baik.
Ada satu pepatah….
“One of the greatest mental freedoms is truly not caring what anyone else thinks of you” -bradokapak-
————————-
Saya nak ulas nombor 5 sikit. Berdasarkan pengalaman saya, sebelum ini saya hanya letak 2 button like facebook dalam artikel saya. Hasil paling tinggi adalah sebanyak 350ribu viewers dalam tempoh 12 jam.
Setelah saya mengkaji pelbagai sudut dan aspek pemikiran pembaca, saya mendapati, sekiranya saya ‘expand’ like button kepada like & share dalam pelbagai bentuk (letak di pelbagai lokasi strategik seperti bawah tajuk, tengah artikel dan akhir artikel), sudah pasti trafficnya lebih tinggi.
Maka, hasilnya, terkini saya mampu meraih lebih 500 ribu pembaca hanya dalam tempoh 11 jam.
Namun, setelah lebih 14 jam artikel itu dipublish dengan jangkaan lebih 100 blogger telah mengcopypastenya, maka saya mendapati….
Sekiranya saya meletakkan ruangan facebook comment dan retweet pada bahagian bawah artikel saya, sudahpasti angka 500 ribu dalam 11 jam itu boleh berganda mungkin menjadi 1 juta pembaca dalam 11 jam.
Akan tetapi, satu perkara yang amat saya concern ialah kepantasan dan juga kelajuan speed load pada blog saya yang mana ia hanya memakan masa sekitar 2.45 second untuk pengguna broadband. Kalau guna unifi atau fiber optik connection, saya kira tak ada masalah nak buka blog saya. Anda boleh klik disini untuk uji kepantasan blog anda.
Jadi, saya tidak meletakkan facebook comment dan retweet pada blog saya. Ini bertujuan untuk mengekalkan kedudukan speed load bagi blog saya. Maka, walaupun artikel itu sedikit kurang viral berbanding jika saya meletakkan facebook comment, akan tetapi pembaca tidak merasa terganggu walau sedikitpun ketika membaca blog saya. Hasilnya, saya berpuashati dengan komen para pembaca yang langsung tidak menyentuh isu blog sukar dibuka.
Alhamdulillah, live counter tidak putus-putus semenjak artikel dipublish.
Okay, sekarang terpulang kepada anda dalam cara-cara menyusun artikel anda dengan social engagement anda tersendiri. Ada yang prefer guna facebook comment dan retweeet pada artikel masing-masing, tapi sila pastikan speed load anda selaju web Sinar Harian baru sesuai letak function tersebut. Jangan jadi macam web Harakah Daily, speed load gila slow tapi letak jugak function tersebut. Saya bukan mahu menempelak team Harakah Daily atau mengutuk mereka atas dasar politik, tetapi saya amat kecewa dengan webmaster Harakah Daily yang tidak menitikberatkan tentang speed load website mereka.
Artikel ini ditaja khas oleh saya sendiri, Pengkaji SEO dan Social Traffic Engagement yang saya lalui sendiri dari pengalaman-pengalaman saya. Terima kasih kepada semua sifu yang pernah mengajar saya selama ini. Tanpa perlu menulis nama mereka dan tidak mengurangkan hormat saya pada mereka, saya ucapkan jutaan terima kasih untuk mereka atas segala ilmu yang sudah dicurahkan pada saya.
Kejayaan saya hari ini bukanlah ada apa-apa jika tidak dimulai dengan banyak siri kejatuhan.
Sekian perkongsian daripada saya….
p/s: Aku igt nak tulis ebook la pulak lepas ni… teknik memviralkan sesuatu. agak-agak boleh market tak? 😀
TORO Advertising has an exceptional knowledge of the industry and the experience necessary to help Publishers increase their income and to help Advertisers maximize exposure, awareness and sales.
TORO Advertising is part of EXOGROUP, a group of companies dedicated to monesting the digital media space. We’re an international company offering a fun, fresh, and lively workplace in beautiful Tarragona (Spain) & Buenos Aires (Argentina).
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖